Warna

Warna%(Merah%=-1,Hijau%=-1,Biru%=0)


Parameter

Merah% - Nilai merah yang diberikankan (atau nilai Warna() yang diperolihi sebelumnya)
Hijau% - Nilai hijau yang diberikankan.
Biru% - Nilai biru yang diberikankan.

Kembali

Arahan ini mengembalikan nilai warna yang digunakan sekarang.

Penerangan

Arahan ini boleh digunakan untuk menyatakan warna yang bakal digunakan oleh arahan grafik seperti garis , kotak dan sebagainya. Didalam komputer warna boleh dinyatakan dengan memberi nilai 'RGB'nya iaitu nilai Merah,Hijau dan Biru. Nilai mereka adalah diantara 0 hingga 255.

Anda menyatakan warna dengan memberi nilai Merah,Hijau dan Biru masing-masing melalui parameter.

Warna(255,100,50)

Arahan ini boleh juga digunakan untuk mengetahwi warna yang digunakan sekarang dengan mengabaikan semua parameter diatas.

warnasekarang = Warna()

Ini akan mengembalikan warna yang digunakan sekarang. Anda perlu menggunakan arahan merah , hijau dan biru pula untuk mendapatkan kandungan 'RGB' warna mereka.

Anda juga boleh menyatakan warna dengan memberikan hanya satu parameter. Nilai diberikan mestilah dari nilai yang anda perolihi dari arahan Warna() diatas.

Ini adalah pelbagai contoh penggunaan arahan Warna

Contoh:
warna 255,100,50 'set warna
bulat (200,200,100,1)
warna1=Warna() 'simpan warna ini dalam warna1

warna 100,255,150 'set warna lain
bulat (300,200,100,1)
warna2=Warna() 'simpan warna ini dalam warna2

warna warna1 'gunakan warna 1
bulat (400,200,50,1)

'cetak kandungan warna 2
cetak merah(warna2)
cetak hijau(warna2)
cetak biru(warna2)

Lihat juga: merah , hijau , biru