Malaybasic adalah penkompil yang menyediakan


Selamat datang.

Malaybasic adalah penkompil yang menyediakan bahasa pengaturcaraan bagi mencipta GAME. Bahasa Malaybasic adalah menyerupai BASIC (Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code) tetapi dibuat berasaskan Bahasa Malaysia. Ini membolehkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada aturcara dan bukannya masalah bahasa.

Dengan menggunakan pengaturcaraan mirip BASIC, Malaybasic mampu mewujudkan pelbagai jenis program 2D terutama GAME. Syntax yang senang difahami membolehkan penghasillan GAME secara cepat dan mudah. Hanya janakan IDE yang disertakan, taipkan aturcara anda dan kompil bagi menghasilkan EXE atau HTML5.

HTML5 yang dihasilkan juga boleh dibawa ke platform lain dengan mudah seperti iPhone atau Android. Bahasa Malaybasic juga menepati syntax kebanyakan bahasa aturcara global, jadi, mempelajari malaybasic juga menyumbang kepada memahami bahasa pengaturcaraan lain secara tidak langsung.

Sila gunakan menu disebelah untuk keperluan aturcara Malaybasic anda. Jika anda orang baru sila pergi ke pengenalan. Anda juga boleh membuka cuntoh-contoh aturcara yang disediakan dan janakan bagi melihat sendiri dan memahaminya.

Akhir kata, Selamat mencuba !

Zolkefli Mohamad
KL, Malaysia.

Versi terkini boleh diperolehi di www.malaybasic.com