Ulang/Hingga/Selamanya

ulang
     <aturcara> ] ...
hingga <semakan> | selamanya


Penerangan

Gelung 'Ulang/Hingga' membolehkan anda untuk melaksanakan siri arahan sehingga keadaan tertentu tercapai. Tidak seperti gelung 'Selagi/Semula' dimana gelung ini membolehkan anda menjalankan arahan sekurang-kurangnya sekali. Secara umum, gunakan 'Ulang/Hingga' jika anda tahu akan ada keadaan tertentu untuk menamatkannya dan arahan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali.

Contoh:
soalan=0
mata=0
Ulang
     soalan=soalan+1
     a=Rawak(20)
     b=Rawak(20)
     jawapan=Minta(a+"+"+b+"=","")
     jika jawapan=a+b Maka
          mata=mata+1
     dah
     naklagi=Tanya("Mahu lagi")
Hingga naklagi=0
cetak "Mata:"+mata+"/"+soalan

Arahan 'Ulang/Hingga' ini boleh dibuat gelung bersarang. Bermakna boleh ada arahan 'Ulang/Hingga' didalam 'Ulang/Hingga' yang lain seberapa dalam yang anda mahu. Lihat contoh

Contoh:
Ulang
     m=m+50
     k=0
     Ulang
          k=k+50
          bulat(k,m,10,1)
     Hingga k>=300
Hingga m>=300

Lihat juga: selagi , semula , keluar , terus