Tatasusun

Tatasusun nama<jenisdata>([saiz,saiz,..])[,..]


Penerangan

Mencipta banyak pembolehubah yang bekongsi nama. Sebagai contoh, Tatasusun PosX(10) mewujudkan 10 pembolehubah dengan nama 'PosX'. Dengan berkongsi nama, anda dapat manipulasi mereka dengan menggunakan satu pembolehubah sebagai indek. Misalnya menggunakan arahan DARI/LAGI. Kandungan tatasusun boleh diakses dengan menggunakan indek. Sebagai contoh Cetak PosX(5) akan mengakses pembolehubah ke limanya.

Tatasusunan adalah bersifat awam, dan mesti disediakan diluar mana-mana fungsi.

Tatasusun boleh dibuat multi-dimensi sehingga 5 dimensi. Sebagai contoh Tatasusun Matrik(10,10,5) adalah tatasusun 3 dimensi.

Anda tidak harus cuba untuk mengakses indek yang tidak wujud. Dalam mod 'DEBUK' ini akan menyebabkan kompil melaporkan sebagai masalah. Tanpa mod debug aturcara akan diteruskan bersama masalah jika berlaku. Sila rujuk mod debug

tatasusun mata(5) 'menyediakan pembolehubah tatasusun
mata(1)=10
mata(2)=11
mata(3)=12
mata(4)=13
mata(5)=14
cetak mata(3)          'mengakses pembolehubah tatasusun

Setiap tatasusun mempunyai jenis data. Selepas memberi nama tatasusun, anda perlu menyatakan jenis data dengan menggunakan simbol % # atau $. Ketiga-tiga simbol ini menyatakan samada tatasusun akan diisi nilai Nombor Bulat, Apung atau Rentetan. Lihat jadual dibawah    

Jenis data tatasusun

JenisData Simbol Penerangan
Nombor Bulat % atau abaikan Jika anda abaikan simbol maka tatsusun akan memiliki jenisdata nombor bulat
Nombor Apung #
Rentetan $
kumpulan @<namaKumpulan> Jenis data kumpulan

Contoh:
tatasusun posX(10),posY(10)
dari k=1 ke 10
     posX(k)=rawak(800)
     posY(k)=rawak(480)
Lagi
'likis bulatan di posX,posY
dari k=1 ke 10
     bulat(posX(k),posY(k),20,1)
Lagi

Lihat juga: pembolehubah , debug