Susun

Susun (Senarai,Menurun%=0)


Parameter

Senarai - Nama senarai yang terlibat
Menurun% - Jenis susunan adalah menurun jika nilainya 1

Kembali

Arahan ini tidak mengembalikan nilai.

Penerangan

Arahan ini bertujuan untuk menyusun data didalam senarai mengikut susunan menaik atau menurun. Misalnya jika senarai anda memiliki data (1,5,3,9,6,2) maka dengan arahan ini data anda akan disusun menjadi (1,2,3,5,6,9). Untuk membuatkan susunan terbalik gunakan Menurun=1.

Contoh:
senarai koleksi
tambah koleksi,1
tambah koleksi,5
tambah koleksi,3
tambah koleksi,9
tambah koleksi,6
tambah koleksi,2
untuk setiap koleksi
     cetak koleksi
lagi
susun koleksi
cetak "-----selepas disusun menaik"
untuk setiap koleksi
     cetak koleksi
lagi
susun koleksi,1
cetak "-----selepas disusun menurun"
untuk setiap koleksi
     cetak koleksi
lagi

Lihat juga: pembolehubah , senarai