SetBadan

SetBadan(IDGambar,X%,Y%,Lebar%,Tinggi%,Jenis%=1)


Parameter

IDGambar - Nombor ID gambar yang diperolihi oleh arahan sediagambar .
X% dan Y% - Lokasi dimana badan hendak dibuat
Lebar% - Lebar badan
Tinggi% - Tinggi badan
Jenis% - Jenis badan

Kembali

Arahan ini tidak mengembalikan nilai

Penerangan

Tiap-tiap gambar yang disediakan memiliki badan untuk disemak jika berlaku pelanggaran sesama mereka. Pelanggaran ini boleh disemak dengan menggunakan arahan seperti langar , ~k~ langarxy ~/k~ dan sebagainya.

Oleh kerana kadangkala objek berada ti tenggah-tengah sesuatu gambar dan kadangkala saiznya kecil penetapan badan perlu dibuat bagi menambah ketepatan semakan terhadap pelanggaran.



Gambar diatas menunjukkan pelangaran, sedangkan ianya tidak sepatutnya dikira pelanggaran. Ini memerlukan kita menyatakan badan objek tersebut supaya pelanggaran dapat disemak dengan lebih tepat.

Contoh:
TunjukBadan()
obj=SediaGambar("_guard1.png")
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin()
     gambar(obj,100,100)
     gambar(obj,SentuhX(),SentuhY())
     jika Langar(obj,100,100,obj,SentuhX(),SentuhY())
          tulis "Belanggar" ,20,20
     dah
tamat



Dalam gambar diatas menunjukkan tiada pelangaran jika badan disetkan. Hanya apabila badan (merah) termasuk didalam badan yang lain maka pelanggaran dilaporkan.

Untuk tujuan ini arahan SetBadan() ini membolehkan kita menetapkan badan sesuatu objek pada gambar. Lihat contoh

Contoh:
TunjukBadan()
obj=SediaGambar("_guard1.png")
SetBadan(obj,29,13,33,53)
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin()
     gambar(obj,100,100)
     gambar(obj,SentuhX(),SentuhY())
     jika Langar(obj,100,100,obj,SentuhX(),SentuhY())
          tulis "Belanggar" ,20,20
     dah
tamat

Nilai parameter Jenis adalah menentukan jenis poligon bagi penetapan badan
1 = Kotak
2 = Octagon

Contoh:
TunjukBadan()
obj=SediaGambar("_guard1.png")
SetBadan(obj,22,13,40,53,2)
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin()
     gambar(obj,100,100)
     gambar(obj,SentuhX(),SentuhY())
     jika Langar(obj,100,100,obj,SentuhX(),SentuhY())
          tulis "Belanggar" ,20,20
     dah
tamat

Lihat juga: jenisbadan , langar , langarxy , termasuk , sediagambar