Senarai

Senarai nama<jenisdata>[,..]


Penerangan

Senarai adalah pembolehubah yang menyimpan data yang dinamik. Bermakna jumlah data tidap dapat ditentukan dahulu tetapi mengikut keperluan semasa janaan. Anda boleh menambah didalamnya seberapa banyak data yang anda mahu, menyelit data di kedudukan yang anda perlukan, memadam data dan banyak lagi. Senarai adalah sangat berguna kerana ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengendalikan data apabila anda tidak tahu berapa banyak data yang anda perlu.

Berikut adalah arahan-arahan bagi mengendalikan senarai:
Senarai adalah bersifat awam, dan mesti disediakan diluar mana-mana fungsi.

Anda tidak harus cuba untuk mengakses indek yang tidak wujud. Dalam mod 'DEBUK' ini akan menyebabkan kompil melaporkan sebagai masalah. Tanpa mod debug aturcara akan diteruskan bersama masalah jika berlaku. Sila rujuk mod debug

senarai nama$ 'menyediakan pembolehubah senarai
tambah(nama,"Malaybasic") 'menambah data pada senarai
tambah(nama,"Ahmad")
tambah(nama,"Ah Ming")
tambah(nama,"Raju")
untuk setiap nama
     cetak nama 'mengakses semua data dalam pembolehubah senarai
lagi

Setiap senarai mempunyai jenis data. Selepas memberi nama senarai, anda perlu menyatakan jenis data dengan menggunakan simbol % # atau $. Ketiga-tiga simbol ini menyatakan samada senarai akan diisi nilai Nombor Bulat, Apung atau Rentetan. Lihat jadual dibawah    

Jenis data senarai

JenisData Simbol Penerangan
Nombor Bulat % atau abaikan Jika anda abaikan simbol maka senarai akan memiliki jenisdata nombor bulat
Nombor Apung #
Rentetan $
kumpulan @<namaKumpulan> Jenis data kumpulan

Contoh:
senarai x,y
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin
     Tulis "Klik bagi menambah objek",20,20
     Tulis "Mengendali "+jumlah(x)+" senarai X",20,40
     Tulis "Mengendali "+jumlah(y)+" senarai Y",20,60
     jika Sentuhan()=1
          tambah(x,RawakA(300))
          jika Rawak(2)=1 maka tambah(y,RawakA(300))
          BuangSentuhan
     dah
     untuk j=setiap x
          bulat SentuhX()+x,SentuhY(),10    
     lagi
     untuk j=setiap y
          bulat SentuhX(),SentuhY()+y,20    
     lagi
tamat

Lihat juga: pembolehubah , tatasusun , untuk , setiap