SediaGambar

SediaGambar@(NamaFail$,JumlahAnim%=1,Susunan%=0)


Parameter

NamaFail$ - Nama fail yang hendak dibuka.
JumlahAnim% - Jumlah frame (animasi) yang ada didalam gambar
Susunan% - Adakah susunan animasi melebar atau menegak

Kembali

Arahan ini mengembalikan nilai IDGambar. Nilai ini digunakan dalam arahan-arahan yang melibatkan gambar kelak seperti gambar

Penerangan

Arahan ini adalah untuk menyediakan gambar kedalam memori. Gambar perlu diletakkan didalam folder bernama data yang dibuat didalam folder yang sama dengan fail Malaybasic anda (*.mb).

Jika gambar mempunyai animasi didalamnya anda perlu nyatakan jumlah frame yang ada menggunakan parameter JumlahAnim . Terdapat dua jenis susunan animasi yang boleh anda buat iaitu melebar atau menegak. Masukkan nilai parameter susunan mengikut nilai berikut:
Susunan=0 : Melebar
Susunan=1 : Menegak

Contoh gambar animasi melebar


Contoh gambar animasi menegak



Contoh:
hero=SediaGambar("_guard.png",4,1)
a#=1
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin()
     a=a+.2
     jika a>4 maka a=1
     gambar hero,100,100,a
tamat

Lihat juga: gambar