Sedia

[Sedia] nama[<jenisdata>][=<nilai>][, .. ]


Penerangan

Untuk menyediakan pembolehubah yang hanya dapat difahami didalam skop fungsi dimana ia disediakan (bersifat tempatan). Apabila fungsi keluar nilainya akan dilupakan. Jika anda tidak berada dalam mana-mana fungsi, ianya adalah bersifat awam dimana ianya boleh diakses dari mana-mana sahaja.

Skop bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan pertindihan nama pembolehubah pada aturcara apabila ianya menjadi komplek. Ianya juga bertujuan agar nama pembolehubah boleh diguna beberapa kali dalam berbagai keadaan.

Dalam mod tegas arahan sedia tidak semestinya digunakan. Pembolehubah akan dibuat mengikut keperluan secara automatik. Contohnya:

sedia mata=10 'sedia digunakan
jumlah=3 'sedia diabaikan. pembolehubah jumlah disediakan secara automatik semasa penyataan.

Setiap pembolehubah mempunyai jenis data. Selepas memberi nama pembolehubah, anda perlu menyatakan jenis data dengan menggunakan simbol % # atau $. Ketiga-tiga simbol ini menyatakan samada pembolehubah akan diisi nilai Nombor Bulat, Apung atau Rentetan. Lihat jadual dibawah    

Jenis data

JenisData Simbol Penerangan
Nombor Bulat % atau abaikan Jika anda abaikan simbol maka pembolehubah akan memiliki jenisdata nombor bulat
Nombor Apung #
Rentetan $
kumpulan @<namaKumpulan> Jenis data kumpulan

Contoh penggunaan sedia bagi menyatakan jenis data.    

sedia umur%=10      'pembolehubah umur adalah nombor bulat
sedia mata#=10     'pembolehubah mata adalah nombor apung
sedia nama$=""     'pembolehubah nama adalah rentetan
sedia masa =10      'pembolehubah masa adalah nombor bulat

Contoh:
sedia x#=1.23, Nama$="Malaybasic", MODE=1, KedudukanX, KedudukanY
cetak x
cetak Nama
cetak MODE
cetak KedudukanX
cetak KedudukanY

Lihat juga: pembolehubah , tegas