Pengenalan

Apakah pengaturcaraan

Dizaman sekarang, kebanyakkan orang telah biasa menggunakan komputer atau talipon bimbit. Klik butang atau sapu pada objek dipaparan maka komputer akan buat sesuatu. Bagaimana untuk berinteraksi dengan komputer kebanyakan orang telah tahu.

Tetapi, bagaimanakah komputer begitu bijak melakukan kerja?

Komputer cumalah satu alat. Ia tidak bijak, tetapi bertindak berasaskan apa yang ditulis oleh pengaturcaraan. Disini anda akan mengetahwi bagaimana untuk menulis aturcara komputer. Tugas anda adalah untuk mengarahkan komputer bagi melakukan sesuatu tugas.

Satu perkara yang anda pasti nampak adalah, bahawa komputer adalah sangat bodoh, tetapi taat. Ia patuh pada apa yang anda hendak lakukan, tetapi boleh salah paham. Pengaturcaraan akan membantu anda belajar pentingnya kejelasan berkomunikasi.

Pengaturcaraan Malaybasic

Secara dasarnya; apa yang anda bakal lakukan untuk mencipta aplikasi adalah:

     1. Menulis aturcara
     2. Kompil dan janakan

Semasa Malaybasic melakukan perkompilan, ia akan melaporkan jika ada apa-apa masalah timbul, atau perkara yang dia tidak faham. Penkompil akan terhenti dan anda perlu mengubah aturcara anda. Jika semuanya berjalan lancar, ia akan menghasilkan aplikasi anda.

Untuk menulis aturcara, anda pergi ke menu Fail/Baru. Klik dan tulis arahan anda di ruang kosong yang disediakan.
Untuk kompil dan jana, anda perge ke menu Jana/Jana.

Malaybasic akan menjalankan arahan anda baris demi baris dari atas ke bawah. Dalam setiap baris pula ia akan menjalankan arahan anda dari kiri ke kanan. Cuba taip arahan berikut dan janakan:

Contoh:
Cetak "Hello World"
Cetak "Pengaturcaraan mudah"
Cetak "Malaybasic!"

Nota

Semasa anda membuat pengaturcaraan anda mungkin perlu membuat nota tertentu pada aturcara anda. Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan simbol ' . Apabila Malaybasic membaca baris yang bermula dengan simbol ' ia akan mengabaikan semua teks selepasnya. Lihat contoh:

Contoh:
'Ini adalah contoh teks yang diabaikan
'Ini cuma nota
Cetak "Hello World" 'Teks ini adalah nota sahaja
Cetak "Pengaturcaraan mudah"
Cetak "Malaybasic!"

Pemisah arahan (:)

Anda boleh memberi banyak arahan dalam satu baris dengan menggunakan simbol ':' diantaranya sebagai pemisah. Sebagai contoh

Contoh:
Cetak "Hello World" : Cetak "Pengaturcaraan mudah" : Cetak "Malaybasic!"

Lihat juga:

Seterusnya anda boleh lihat pembolehubah