Pembolehubah
Pembolehubah digunakan untuk menyimpan data yang akan dirujuk dan dimanipulasikan dalam aturcara. Dengan memberi nama yang betul ia juga mengambarkan kegunaannya, jadi aturcara dapat difahami dengan lebih jelas oleh pembaca dan diri kita sendiri. Fikirkan pembolehubah sebagai bekas yang memegang maklumat. Data ini kemudiannya boleh digunakan sepanjang program anda. Sebagai contoh

Contoh:
panjang_kotak = 23     'menyimpan 23 didalam pembolehubah panjang_kotak
tinggi_kotak = 12     'menyimpan 12 didalam pembolehubah tinggi_kotak
luas_kotak = panjang_kotak * tinggi_kotak 'manipulasikan kedua-dua pembolehubah dan menyimpan kedalam pembolehubah luas_kotak
cetak luas_kotak     'mencetak jawapan dari pembolehubah luas_kotak

Anda boleh membuat seberapa banyak pembolehubah yang anda suka. Pembolehubah akan disediakan apabila anda pertamakali membuat pernyatakan seperti ini:

A = 12

Disini, anda telahpun menyediakan pembolehubah 'A' secara automatik. Namun cara yang lebih baik adalah menggunakan arahan 'sedia' seperti berikut:

sedia A

Pembolehubah 'A' akan disediakan dan nilainya adalah kosong. Anda boleh menyatakan terus nilainya semasa 'sedia' dengan membuat pernyataan seperti ini:

sedia A = 12

Jika anda mahu, anda juga boleh menyediakan banyak pembolehubah sekaligus dengan menggunakan koma seperti ini:

sedia A = 12 , B=3 , C , D , E = 4

Dengan menggunakan pembolehubah anda boleh melakukan pelbagai kemungkinan yang anda belum pasti nilainya. Sebagai contoh ini adalah aturcara mengira luas bulatan


Contoh:
jejari = minta("masukkan jejari:","")
luas = 3.14 * (jejari*jejari)
cetak "Luas bulatan berjejari "+jejari+" ialah "+luas

Data asas

Malaybasic memiliki 3 jenis data asas:
Nombor bulat adalah merujuk kepada nombor yang tidak memiliki titik perpuluhan. Ianya boleh jadi positif atau negatif. Nombor Bulat didalam Malaybasic adalah menggunakan gabungan '64 bit integer' dan 'IEEE-754 double-precision (64 bit) format'. Secara kasarnya ia boleh mengisi 15-16 digit nombor.

Nombor apung adalah sebenarnya nombor perpuluhan. Ianya dipanggil apung kerana ianya tidak begitu sama dengan konsep nombor perpuluhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk nomborapung . Nombor Apung didalam Malaybasic adalah menggunakan 'IEEE-754 double-precision (64 bit) format'. Secara kasarnya ia boleh mengisi 15-16 digit nombor dan perpuluhan.

Rentetan sebenarnya adalah Teks atau deretan aksara. Rentetan didalam Malaybasic adalah menggunakan 'Null-terminated string'. Secara teori, panjanghya boleh seberapa banyak aksara yang anda mahu.

Berikut adalah contoh nombor bulat

123, 456678, -23, -45, 0

Berikut adalah contoh nombor apung

123.23, 456678.0, -23.05, -0.45, 0.0, .45, -0.56

Rentetan pula perlu diisi diantara dua simbol " . Sebarang simbol boleh dimasukkan didalam "" untuk menjadi rentetan. Berikut adalah contoh rentetan.

"Ahmad"
"Siapa nama kamu?"
""
"234"
"abcde123-&4#@!aaa"

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menulis nombor-nombor dan rentetan diatas secara mendalam sila rujuk pemalarsegera

Nama Pembolehubah

Anda boleh menamakan pembolehubah dengan apa-apa nama yang bersesuaian. Namun terdapat beberapa undang-undang
Pada akhiran nama pembolehubah anda perlu menyatakan jenis data. Simbol %, # dan $ pada akhir nama pembolehubah menandakan mereka adalah jenis nombor bulat, apung atau rentetan. Sebagai contoh:
sedia A%=10, B#=2.3, C$="Ahmad"
Jadi, sekarang pembolehubah 'A' adalah memiliki data jenis nombor bulat. manakala pembolehubah 'B' memiliki jenis data nombor perpuluhan dan 'C' memiliki jenis data rentetan. Selepas penyediaan anda tidak boleh mengubah jenis data terhadap pembolehubah-pembolehubah tersebut.

Selepas pembolehubah dinyatakan jenis datanya (pada kali pertama penyediaan), simbol %, # dan $ tidak perlu ditulis lagi dalam masa penggunaannya. Sebagai contoh:

Contoh:
sedia A%=10, B#=2.3, C$="Ahmad" 'pernyataan kali pertama
cetak A + B 'semasa penggunaan anda bebas menulis simbolnya
cetak C

Ambil perhatian, jika simbol tidak diberikan semasa pengistaharan (pada kali pertama penyediaan), pembolehubah akan dibuat sebagai nombor bulat. Ini memudahkan anda membuat pengaturcaraan namun boleh menjadi punca kapada masalah jika anda mengangapnya ianya nombor apung.

Jadual jenis data

JenisData Simbol digunakan Penerangan
Nombor Bulat % atau abaikan Jika anda abaikan simbol maka pembolehubah akan memiliki jenisdata nombor bulat
Nombor Apung #
Rentetan $

Lihat juga:

Seterusnya anda boleh lihat operasi