Pemalar

Pemalar nama[<jenisdata>][=<nilai>][, .. ]


Penerangan

Untuk menyediakan pembolehubah yang kekal nilainya. Jika anda terubah semasa anda melakukan aturcara, pengkompil akan repot masalah. Ini membantu anda mengetahwi sebelum masalah yang tak sepatutnya berlaku. Semasa menyediakan pemalar anda perlu menyatakan nilainya. Nilai ini akan kekal sepanjang aturcara.

Pemalar adalah bersifat awam dimana ianya boleh diakses dari mana-mana sahaja.

Pemalar NyawaMaksima=3 'pemalar dibuat. Nilai NyawaMaksima tidak akan berubah.

Setiap pemalar mempunyai jenis data. Selepas memberikan namanya, anda perlu menyatakan jenis data dengan menggunakan simbol % # atau $. Ketiga-tiga simbol ini menyatakan samada pemalar akan diisi nilai Nombor Bulat, Apung atau Rentetan. Lihat jadual dibawah    

Jenis data pemalar

JenisData Simbol Penerangan
Nombor Bulat % atau abaikan Jika anda abaikan simbol maka pemalar akan memiliki jenisdata nombor bulat
Nombor Apung #
Rentetan $

Contoh penggunaan pemalar.    

pemalar umur%=10      'pemalar umur adalah nombor bulat
pemalar mata#=10     'pemalar mata adalah nombor apung
pemalar nama$=""     'pemalar nama adalah rentetan
pemalar masa =10      'pemalar masa adalah nombor bulat

Contoh:
pemalar NyawaMaksima=3, NamaApp$="Malaybasic", DEBUG=1
cetak NyawaMaksima
cetak NamaApp
cetak DEBUG

Lihat juga: pembolehubah , sedia