IDGambar - Nombor ID gambar yang diperolihi oleh arahan sediagambar .
X% dan Y% - penetapan jenis paksi hendak dibuat
Kembali
Arahan ini tidak mengembalikan nilai
Penerangan
Arahan ini digunakan untuk menyatakan paksi bagi sesuatu gambar. Paksi gambar mempengaruhi arahan lain berkaitan gambar seperti pusing , sekala dan sebagainya. Pada asalnya paksi gambar adalah di bucu kiri atas gambar. Lihat contoh bagaimana paksi mempengaruhi arahan gambar yang lain.
Nilai penetapan X adalah mengikut:
Nilai 0 bermakna di bucu kiri gambar.
Nilai 1 bermakna dapatkan lebar gambar dibahagi 2. Dengan kata lain ditengah-tengah gambar
Nilai 2 bermakna dapatkan lebar gambar. Dengan kata lain dikanan gambar
Nilai penetapan Y adalah mengikut:
Nilai 0 bermakna di bucu atas gambar.
Nilai 1 bermakna dapatkan tinggi gambar dibahagi 2. Dengan kata lain ditengah-tengah gambar
Nilai 2 bermakna dapatkan tinggi gambar. Dengan kata lain dibawah gambar
Jika kedua-dua nilai X dan Y adalah 1, maka paksi gambar akan dibuat ditengah-tengah gambar. Sila lihat contoh
hero=SediaGambar("_guard.png",4,1)
p=1
fungsi GelungUtama()
CuciSkrin()
p=p+10
jika p>360 maka p=1
pusing hero,p
Paksi hero,0,0
gambar hero,100,100
bulat 100,100,3,1
Paksi hero,1,1
gambar hero,100,300
bulat 100,300,3,1
tamat