Maklumat khas mengenai Nombor Apung
Nombor apung disimpan dalam cara binari yang membuatkan nombor perpuluhan boleh disimpan dalam angka yang sangat besar maupun sangat kecil berbanding saiz binari disediakan (64bit). Ini dicapai dengan cara bertolak ansur terhadap ketepatannya. Dengan kata lain, anda tidak boleh menyimpan jumlah yang sangat besar dengan ketepatan yang sangat tinggi.
Satu lagi had nombor apung adalah, mereka adalah dalam binari, jadi mereka, hanyalah tepat apabila terdiri daripada gandaan 2. Ini adalah sangat penting untuk disedari apabila anda cuba untuk mencetak nombor apung dalam bentuk yang boleh dibaca manusia atau semasa menyemak persamaan pada nombor apung. Nombor seperti 0.5 adalah mudah kerana mereka adalah gabungan 2. Nombor seperti 0.11 adalah lebih sukar untuk disimpan didalam binari. Hasilnya akan menjadi seperti 0.10999999. Anda jangan terkejut jika bilangan perpuluhan berbeza daripada apa yang anda inginkan!
Ini adalah masalah apung secara umum, bukan hanya didalam Malaybasic. Maklumat lanjut mengenai 'IEEE 754' standard anda boleh dapati di Wikipedia.