Apakah fungsi? Kebanyakan arahan-arahan didalam Malaybasic memiliki cara-cara menulisnya dengan betul. Misalnya arahan_penentu atau arahan_gelung memiliki kaedah pengaturcaraannya. Namun terdapat arahan-arahan yang rengkas seperti 'cetak' misalnya hanya memerlukan anda untuk menulis arahan tersebut dikuti dengan beberapa input dalam bentuk pembolehubah atau pemalar. Arahan seperti ini dinamakan fungsi.
Untuk memanggil atau menggunakan fungsi diatas anda cuma perlu menulis nama fungsi tersebut diikuti oleh nilai parameter-parameternya seperti dikendaki. Sebagai contoh (berpandukan fungsi diatas), katalah kita hendak membuat bulatan berjejari 30 piksel di kedudukan X=100 dan Y=200. Dan kita hendak simbah bulatan tersebut dengan satu warna maka kita tulis seperti berikut
Bulat(100,200,30,1) '100,200 adalah kodinet X,Y. 30 adalah jejarinya dan 1 bermakna bulatan akan disimbah dengan satu warna
Kadang kala didalam fungsi terdapat parameter yang mengandungi pernyataan. Lihat Simbah%=0 didalam contoh diatas. Ini sebenarnya bermakna terdapat nilai tersedia yang bakal digunakan jika anda tidak memberi nilai parameter tersebut. Misalnya anda boleh menulis
Bulat(100,200,30) 'Parameter ke 4 diabaikan
Dengan meninggalkan atau mengabaikan nilai parameter ke 4, Malaybasic akan mengisi dengan nilai tersedia yaini 0 semasa fungsi dijanakan.
Kadang-kala fungsi akan mengembalikan nilai untuk digunakan selepas dijanakan atau dipanggil. Sebagai contoh adalah arahan minta . Format fungsi ini adalah seperti berikut
Minta$(Pertanyaan$,Sediada$="")
Perhatikan selepas perkataan 'Minta' terdapat simbol $. Ini bermakna fungsi ini akan mengembalikan nilai rentetan. Jika simbol # bermakna fungsi mengembalikan nilai nombor apung, begitulah jika simbol % maka fungsi akan mengembalikan nombor bulat.
Apabila fungsi dipanggil penjanaan berlaku dan fungsi ini akan mengembalikan keputusan hasil penjanaan. Apa yang perlu anda buat terhadap hasil ini? Hasil ini cuma nilai biasa dan anda boleh buat berbagai perkara seperti menyimpan dalam pembolehubah, mencetak dan sebagainya.