Mod DEBUK adalah mod yang disediakan bagi prosess penyemakan aturcara. Kod akan ditambah bagi menyemak masalah-masalah yang bakal timbul semasa aplikasi sedang dijana. Untuk makluman, penkompil hanya dapat menyemak masalah-masalah statik yaini semasa aturcara dibuat, namun terdapat masalah yang hanya dapat berlaku semasa penjanaan. Jadi dalam mod DEBUK aturcara anda akan disemak jika ada masalah semasa janaan. Namun prosess ini akan melambatkan janaan. Ianya akan ditutup dari semakan semasa membuat EXE atau HTML muktamad.
Sebagai contoh-contoh masalah semasa janaan adalah:
- Membahagi dengan 0
- Mengakses indek yang tidak ujud dalam tatasusun
- Mengakses indek yang tidak ujud dalam senarai
- dan lain-lain
Untuk mehidupkan atau mematikan mod DEBUK sila gunakan menu Jana/Mod DEBUK