Bulat

Bulat(X%, Y%, Jejari%, Simbah%=0,Mula%=0,Akhir%=360)


Parameter

X% dan Y% - Lokasi yang hendak dilukis.
Jejari% - Saiz jejari bulatan.
Simbah% - Adakah bulatan hendak disimbah.
Mula% - Sudut mula.
Akhir% - Sudut akhir.

Kembali

Arahan ini tidak mengembalikan nilai

Penerangan

Arahan ini adalah untuk melukis bulatan atau 'arc'. X dan Y adalah kodinet dimana bulatan hendak dilukis. Nilai jejari mesti melebihi 0.

Jika nilai simbah = 1 maka bulatan akan disimbah ('fill'). Gunakan Simbah = 0 untuk membuat 'outline' sahaja. Dan Simbah = -1 untuk 'outline' tampa disambungkan

Warna yang digunakan adalah menurut arahan warna sebelumnya

Contoh:
bulat (100,100,60,1)
bulat (100,300,60,0)
bulat (300,100,60,1,90,180)
bulat (300,200,60,0,90,180)
bulat (300,300,60,-1,90,180)

Lihat juga: titik , garis , kotak , poligon