Salam! Selamat datang.

Malaybasic adalah penkompil yang menyediakan bahasa pengaturcaraan 2D untuk PC dan HTML5. Dengan menggunakan pengaturcaraan mirip BASIC, Malaybasic mampu mewujudkan pelbagai jenis program 2D terutama game, dengan minimum masa pembangunan dan dengan bahasa mudah. Hanya janakan IDE yang disertakan, taipkan aturcara anda dan kompil bagi janaan di PC atau HTML5.

Bahasa Malaybasic adalah menyerupai BASIC (Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code) tetapi diselaraskan berasaskan Bahasa Malaysia. Selain menampilkan konstruk klasik BASIC seperti 'IF' dan 'THEN', ia juga mempunyai pengaruh moden seperti 'function' dan 'objek'. Selain itu, Malaybasic mempunyai banyak arahan fungsi dalaman bagi membantu dalam merealisasikan pembikinan 2D game anda.

Sila gunakan menu disebelah untuk keperluan aturcara Malaybasic anda.

Banyak rakan dan perbincangan boleh diperolehi di www.malaybasic.com
Akhir kata, Selamat berseronok !

Zomag
KL, Malaysia.