Untuk/Setiap/Lagi

untuk [<pembolehubah>=] setiap <senarai>
     <arahan> ] ...
lagi


Penerangan

Arahan ini digunakan untuk memprosess setiap elimen didalam sesuatu senarai. Seperti biasa nama senarai tersebut digunakan untuk mengakses elimen terkini. Apabila pusingan berlaku maka elimen terkini beralih kepada elimen seterusnya.

Contoh:
kumpulan pos(x,y)
senarai objek@pos
dari k=1 hingga 10
     tambah objek
     objek.x=rawak(800)
     objek.y=rawak(480)
lagi
untuk setiap objek
     bulat objek.x,objek.y,10,1
lagi

Elimen juga boleh diwakili oleh sesuatu pembolehubah. Ini bertujuan membolehkan anda mengakses dua senarai yang sama didalam gelung yang dirangkuminya. Dengan kata lain arahan 'Untuk/Setiap' ini boleh dibuat gelung bersarang. Bermakna boleh ada arahan 'Untuk/Setiap' didalam 'Untuk/Setiap' yang lain seberapa dalam yang anda mahu. Jadi anda boleh mengakses senarai dengan mudah apabila diwakili oleh pembolehubah masing-masing. Lihat contoh

Contoh:
kumpulan pos(x,y,saiz#,wmerah)
senarai objek@pos
dari k=1 hingga 300
     tambah objek
     objek.x=rawak(800)
     objek.y=rawak(480)
     objek.saiz=1
     objek.wmerah=0
lagi
alfa 0.2
untuk m=setiap objek
     untuk n=setiap objek
          jika mutlak(m.x-n.x)<50 dan mutlak(m.y-n.y)<50 maka
               n.saiz=n.saiz*1.2
               n.wmerah=n.wmerah+12
               jika n.wmerah>255 maka n.wmerah=255
          dah
     lagi
     warna m.wmerah,100,255
     bulat m.x,m.y,m.saiz,1
lagi

Lihat juga: dari , keluar , terus