Tegas

Tegas


Penerangan

Secara dasarnya Malaybasic membenarkan anda melakukan aturcara secara rengkas (short-cut). Sebagai contoh pembolehubah tak perlu disediakan terlebih dahulu. Malaybasic akan menyediakan pembolehubah anda pada pertamakali anda menggunakannya. Namun kadang kala ini boleh menimbulkan masalah bug dalam aturcara anda apabila anda tersalah eja pembolehubah yang anda ingin akses. Pembolehubah baru akan dibuat secara automatik. Untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh menggunakan arahan 'tegas'.
    
Apabila arahan 'tegas' digunakan semua pembolehubah perlu disediakan sebelum digunakan. Namun arahan 'tegas' perlu dibuat di peringkat awal sebelum mana-mana penyataan dan penggunaan memori dalam aturcara anda.

tegas
sedia mata=10 'sedia perlu digunakan dalam mod tegas
jumlah=3 'arahan ini akan membuat pengkompil repot sebagai masalah.

Lihat juga: sedia