Selagi/Semula

selagi <semakan>
     <aturcara> ] ...
semula


Penerangan

Gelung 'Selagi/Semula' digunakan apabila anda ingin melaksanakan siri arahan berulang kali asalkan sesuatu keadaan berlaku. Ini adalah sama dengan gelung 'Ulang/Seingga', kecuali semakan adalah pada awal gelung, bukan pada akhir. Biasanya anda akan menggunakan 'Selagi/Semula' apabila anda hanya mahu gelung dijalankan apabila satu keadaan berlaku. Jika anda perlu untuk melaksanakan arahan dalam gelung sekurang-kurangnya sekali sebelum memeriksa keadaan, gunakan 'Ulang/Sehingga'.

Contoh:
Selagi k<10
     k=k+1
     cetak k
Semula

Arahan 'Selagi/Semula' ini boleh dibuat gelung bersarang. Bermakna boleh ada arahan 'Selagi/Semula' didalam 'Selagi/Semula' yang lain seberapa dalam yang anda mahu. Lihat contoh

Contoh:
Selagi k<4
     k=k+1
     m=0
     Selagi m<7
          m=m+1
          cetak m + " + " + k + " = " + (m+k)
     Semula
Semula

Lihat juga: ulang , sehingga , keluar , terus