Pengenalan

Apakah pengaturcaraan

Hari ini, kebanyakan orang tidak perlu tahu bagaimana komputer berfungsi. Kebanyakan orang hanya boleh menghidupkan komputer atau telefon bimbit dan klik pada satu objek di paparan, klik butang atau sapu, dan komputer buat sesuatu. Bagaimana untuk berinteraksi dengan komputer semua orang biasa dah tahu.

Tetapi, bagaimanakah komputer begitu bijak melakukan kerja?

Komputer cuma satu alat. Dia tidak bijak tetapi bertindak berasaskan apa yang ditulis oleh pengaturcaraan. Disini anda akan belajar bagaimana untuk menulis aturcara komputer. Tugas anda adalah untuk mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu.

Satu perkara yang anda akan belajar dengan cepat adalah bahawa komputer adalah sangat bodoh, tetapi taat. Ia patuh pada apa yang anda hendak lakukan, tetapi boleh salah paham. Pengaturcaraan akan membantu anda belajar pentingnya kejelasan berkomunikasi.

Pengaturcaraan Malaybasic

Secara kasarnya apa yang anda lakukan untuk mencipta aplikasi adalah:

     1. Menulis aturcara
     2. Kompil dan janakan

Semasa Malaybasic melakukan perkompilan, ia akan melaporkan jika ada apa-apa masalah timbul, atau perkara yang dia tidak dapat fahami. Penkompil akan berhenti dan anda perlu mengubah aturcara anda. Jika semuanya lancar, ia akan menghasilkan aplikasi anda.

Untuk menulis aturcara, anda pergi ke menu Fail/Baru dan tulis arahan anda disitu.
Untuk kompil dan jana, anda perge ke menu Jana/Jana

Malaybasic akan menjalankan arahan anda baris demi baris dari atas ke bawah. Dalam setiap baris pula ia akan menjalankan arahan anda dari kiri ke kanan. Cuba taip arahan berikut dan janakan:

Contoh:
Cetak "Hello World"
Cetak "Pengaturcaraan mudah"
Cetak "Malaybasic!"

Nota

Semasa anda membuat pengaturcaraan anda mungkin perlu membuat nota tertentu pada aturcara anda. Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan simbol ' . Apabila Malaybasic membaca baris yang bermula dengan simbol ' ia akan mengabaikan semua teks selepasnya. Lihat contoh:

Contoh:
'Ini adalah contoh teks yang diabaikan
'Ini cuma nota
Cetak "Hello World" 'Teks ini adalah nota sahaja
Cetak "Pengaturcaraan mudah"
Cetak "Malaybasic!"

Pemisah arahan (:)

Anda boleh memberi banyak arahan dalam satu baris dengan menggunakan simbol ':' diantaranya sebagai pemisah. Sebagai contoh

Contoh:
Cetak "Hello World" : Cetak "Pengaturcaraan mudah" : Cetak "Malaybasic!"

Lihat juga:

Seterusnya anda boleh lihat pembolehubah