Pemalar Segera

Pemalar bermakna sesuatu yang tetap dan tidak berubah nilainya semasa janaan berlaku. Ianya boleh berubah (edit) oleh pengaturcara tetapi semasa janaan nilainya tidak akan berubah. Sebagai contoh

A = 234

Nombor 234 diatas adalah pemalar. Nilainya adalah kekal semasa janaan manakala 'A' adalah pembolehubah, nilainya boleh berubah-ubah semasa janaan. Secara lebih tepat, pemalar diatas dipanggil Pemalar Segera. Ini kerana nilainya telah ternyata disitu, ianya tidak diwakili oleh apa-apa nama. Anda sebenarnya boleh mengantikan nilai 234 diatas dengan sesuatu nama dengan menggunakan arahan 'pemalar'. Sila rujuk pemalar

Terdapat berbagai kaedah lanjut dalam menulis pemalar segera. Sila rujuk dokumen dibawah.

Nombor Bulat

Nombor bulat boleh ditulis secara biasa seperti 234, 0, -123 dan sebagainya. Namun anda juga boleh menulis dalam bentuk binari dengan menggunakan simbol % didepannya. Anda juga boleh menulis dalam bentuk perenambelasan 'hexdesimal' dengan menggunakan simbol $ didepannya. Sebagai contoh

Contoh:
A = %10110101 'A bernilai 181
B = $1D23E     'B bernilai 119358
cetak A
cetak B

Nombor Apung

Nombor apung boleh ditulis secara biasa seperti 0.234, 0.0, -123.34 dan sebagainya. Namun anda juga boleh menulis dalam bentuk eksponen seperti berikut

Contoh:
A# = 12.3e2 'A dalam bentuk eksponen bermakna 12.3 x (10 kuasa 2)
B# = 1.2e-2    
cetak A
cetak B

Rentetan

Rentetan boleh ditulis secara biasa seperti "Ahmad", "", "Siapa ada 12 ekor kambing?" dan sebagainya. Namun anda akan dapati terdapat beberapa simbol ASCII yang tidak dapat anda taip. Sebagai contoh simbol " sendiri. Untuk itu anda boleh menggunakan kaedah berikut

Menulis simbol ASCII istemewa

Simbol Kaedah digunakan Penerangan
(") Tanda kata [k]
Tab [t]
Kod ASCII [<nombor>] Untuk menulis kod ASCII, masukkan nombor diantara 1 - 255
[ [[ Untuk menulis simbol [

Contoh:
A$ = "[k]Siapa nama kamu?[k] tanya Ahmad"
cetak A

Lihat juga: pemalar