Paksi

Paksi(IDGambar,X%,Y%)


Parameter

IDGambar - Nombor ID gambar yang diperolihi oleh arahan sediagambar .
X% dan Y% - Lokasi dimana paksi hendak dibuat

Kembali

Arahan ini tidak mengembalikan nilai

Penerangan

Arahan ini digunakan untuk menyatakan paksi bagi sesuatu gambar. Paksi gambar mempengaruhi arahan lain berkaitan gambar seperti pusing , sekala dan sebagainya. Pada asalnya paksi gambar adalah di bucu kiri atas gambar. Lihat contoh bagaimana paksi mempengaruhi arahan gambar yang lain.

Nilai X dan Y yang anda masukkan adalah nilai jarak dari kodinet 0,0 gambar (bucu kiri atas gambar)

Contoh:
hero=SediaGambar("_guard.png",4,1)
p=1
fungsi GelungUtama()
     CuciSkrin()
     p=p+10
     jika p>360 maka p=1
     pusing hero,p
     Paksi hero,0,0
     gambar hero,100,100
     bulat 100,100,3,1
     Paksi hero,lebar(hero)/2,tinggi(hero)/2
     gambar hero,100,300
     bulat 100,300,3,1
tamat

Lihat juga: sediagambar , gambar