Operasi

Penerangan

Untuk manipulasi nilai-nilai pembolehubah anda perlukan operasi. Sebagai contoh

Kedudukan = (PeluruX + (LebarScreen / 2)) * (PeluruY + (TinggiScreen / 2))

Operasi-operasi yang terdapat didalam Malaybasic adalah seperti berikut :                             

Jenis operasi

Operasi Penerangan
( ) Kurungan. Semua yang berada didalam kurungan akan dikira dahulu
- Negatif
! Oparasi bit BUKAN
>> Operasi bit SHIFT RIGHT
<< Operasi bit SHIFT LEFT
& Operasi bit DAN
* Operasi KALI
/ Operasi BAHAGI
\ Operasi BAKI (MOD)
+ Operasi CAMPUR
- Operasi TOLAK
= Operasi persamaan SAMA DENGAN
<> Operasi persamaan TIDAK SAMA DENGAN
> Operasi persamaan LEBIH DARIPADA
< Operasi persamaan KURANG DARIPADA
>= Operasi persamaan LEBIH ATAU SAMA DENGAN
<= Operasi persamaan KURANG ATAU SAMA DENGAN
bukan Operasi persamaan BUKAN
dan Operasi persamaan DAN
atau Operasi persamaan ATAU

Secara umumnya operasi akan dijalankan dari kiri ke kanan. Namun 'operator' yang diatas akan dikira terlebih dahulu berbanding yang dibawah (berpandukan jadual diatas). Misalnya

3 + 4 * 5

akan menghasilkan 23 bukannya 35. Ini kerana 4 * 5 akan dibuat dahulu. Hasilnya barulah dicampur dengan 3. Anda boleh menggunakan kurungan jika anda inginkan sebaliknya

(3 + 4) * 5

Ini akan menghasilkan 35.

Pertukaran Jenis data

Apabila operasi dilakukan terhadap pembolehubah atau pemalar yang berlainan jenis data, maka pertukaran jenisdata akan dibuat secara automatik berasaskan undang-undang berikut:
Contoh lain:

Contoh:
no%=12
pu#=1.2
re$="saya"
ja%=0
cetak no+pu 'menghasilkan 12.0 + 1.2 yaini menghasilkan 13.2
cetak no+re 'menghasilkan '12' + 'saya' yaini menghasilkan '12saya'
cetak pu+re 'menghasilkan '1.2' + 'saya' yaini menghasilkan '1.2saya'
cetak re+(pu+no) 'menghasilkan 'saya' + '13.2' yaini menghasilkan 'saya13.2'
ja=pu+re
cetak ja 'ja adalah nombor bulat jadi '1.2saya' ditukar kepada nombor bulat menjadi 1

Lihat juga:

Seterusnya anda boleh lihat arahan_penentu