Kembali

kembali [Nilai]


Penerangan

Kembali adalah arahan yang digunakan didalam fungsi. Ini biasanya bagi fungsi-fungsi yang bertujuan membuat pengiraan. Sebagai contoh anda ingin mengira luas sesuatu segi empat. Anda boleh membuat fungsi yang meminta 2 parameter panjang dan lebar (yang diwakili P dan L) seperti berikut

Contoh:
fungsi Luas(P,L) 'mencipta fungsi untuk mengira luas
     cetak P*L
tamat
Luas(10,3) 'fungsi dipanggil

Dalam contoh diatas jawapan pengiraan cuma dicetak. Ini bukan yang kita mahu. Kita mahu fungsi ini memberitahu kita jawapannya yangmana kita boleh gunakan kemudian. Sebagai contoh kita ingin memasukkan jawapan kedalam pembolehubah yang lain, atau menggunakannya didalam prosess yang lain. Untuk itu kita menggunakan arahan kembali

Contoh:
fungsi Luas(P,L) 'mencipta fungsi
     kembali P*L
tamat
jawapan = Luas(10,3) 'fungsi dipanggil dan nilai dikembali
cetak "Luas = "+jawapan
cetak "Luas lain = "+Luas(7,6)

Hasil dari sesuatu fungsi yang dikembalikan adalah nilai biasa yang boleh anda gunakan sama seperti nilai-nilai biasa yang lain. Semua contoh yang berikut berkemungkinan dilakukan

Contoh:
fungsi Luas(P,L) 'mencipta fungsi
     kembali P*L
tamat
fungsi Isipadu(Luas,T)
     kembali Luas*T
tamat
cetak Luas(10,3) 'fungsi dipanggil dan nilai dikembali diguna terus oleh arahan lain
l=Luas(10,3) 'nilai dikembali dimasukkan kedalam pembolehubah
i=Isipadu(l,5) 'fungsi lain menggunakan nilainya dari pembolehubah
cetak Isipadu(l,5) 'fungsi lain menggunakan nilainya dari pembolehubah
cetak Isipadu(Luas(10,3),5) 'nilai dikembalikan diguna terus untuk nilai parameter fungsi yang lain

Arahan kembali juga digunakan untuk anda keluar daripada fungsi secara mendadak. Misalnya apabila kerja sudah selesai.

Jika anda tidak memberikan nilai selepas arahan kembali, nilai dikembalikan adalah 0 atau ''.

Oleh kerana fungsi boleh mengembalikan nilai, anda mungkin bertanya, apakan jenis datanya. Jenis data boleh anda tetapkan sama seperti menyediakan pembolehubah. Anda perlu menetapkan jenis data dengan menulis simbol %,# atau $ selepas nama fungsi.

Contoh:
fungsi RawakHuruf$(ayat$) 'fungsi ini mengembalikan nilai rentetan
     hasil$=""
     dari k=1 hingga pan(ayat$)
          a$=tengah(ayat$,k,1)
          jika Rawak(10)<5
               hasil$=hasil$+a$
          Lain
               hasil$=hasil$+Besar(a$)
          Dah
     lagi
     kembali hasil$
Tamat

cetak RawakHuruf$("Apa yang bakal berlaku saya tidak pasti")

Bagi fungsi-fungsi yang tidak mengembalikan nilai, mereka boleh dipanggil dengan meninggalkan ( ) . Ini tidak perbezaan apa-apa. Cuma tujuan keselesaan. Sebagai contoh

Contoh:
fungsi Muka(x=100,y=100,saiz=30)
     warna 255,255,255
     bulat x,y,saiz,1
     warna 0,0,0
     bulat x,y,saiz-5,0,10,160
     bulat x-3,y,2,1:bulat x+3,y,2,1
     bulat x-10,y-10,4,1:bulat x+10,y-10,4,1
Tamat

Muka 200,200,40 '<--Memanggil fungsi tanpa ()
Muka(300,300,50) '<--Memanggil fungsi dengan ()

Lihat juga: konsepfungsi , fungsi , pembolehubah