Jika/Maka/Tapi/Lain/Dah
Arahan sebaris:

jika <semakan> maka <aturcara>.. [lain <aturcara>..]

Arahan pelbagai baris:

jika <semakan> maka
     <aturcara>..
[tapi <semakan>
     <aturcara>..]
[lain
     <aturcara>..]
dah


Penerangan

Digunakan untuk menyemak nilai sesuatu pembolehubah atau keadaan sesuatu exprasi samada benar atau salah. Jika benar maka Malaybasic akan menjanakan aturcara anda dan jika tidak benar maka ia tidak akan menjanakannya.

jawapan=minta("5+5=")
jika jawapan=10 maka cetak "BETUL"

Arahan 'lain' adalah tidak semesti. Jika anda menggunakannya maka Malaybasic akan menjanakan bahagian tersebut jika keadaan tidak benar. Misalnya

jawapan=minta("5+5=")
jika jawapan=10 maka cetak "BETUL" lain cetak "SALAH"

Dalam banyak keadaan anda memerlukan banyak baris aturcara setelah mengetahwi sesuatu keadaan. Disini anda boleh menggunakan arahan pelbagai baris dengan mengosongkan arahan selepas 'maka' seperti berikut:

jawapan=minta("5+5=")
jika jawapan=10 maka
     cetak "BETUL"
     cetak "AWAK"
     cetak "SANGAT"
     cetak "PANDAI"
lain
     cetak "SALAH"
     cetak "SILA"
     cetak "CUBA"
     cetak "LAGI"
dah

Namun anda perlu meletakkan arahan 'dah' sebagai penutup. Ini kerana pengkompil perlu tahu berapa baris aturcara sebenarnya anda hendak dilakukan jika melepasi semakan tersebut. Biasanya anda perlu gunakan Tab untuk membuatkan aturcara anda elok dan mudah difahami.

Kadangkala anda perlu menambah sesuatu keadaan lain didalam semakan. Anda boleh gunakan arahan 'tapi'. Contohnya:

jawapan=minta("5+5=")
jika jawapan=10 maka
     cetak "BETUL"
     cetak "PANDAI"
tapi jawapan=0
     cetak "APA NI?"
lain
     cetak "SALAH"
     cetak "CUBA"
     cetak "LAGI"
dah

Arahan 'tapi' adalah tidak semesti diadakan. Namun anda boleh menggunakannya seberap banyak yang anda mahu bagi menyemak berbagai kemungkinan dalam aturcara anda. Arahan 'lain' juga tidak semesti, namun ianya hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Arahan Jika/Maka ini boleh dibuat gelung bersarang. Bermakna boleh ada arahan 'Jika' didalam 'Jika' yang lain seberapa dalam yang anda mahu.

Contoh:
soalan=("Hendak main (1=ya dan 0=tak:","1")
jika soalan=1 maka
     jawapan=minta("5+5=")
     jika jawapan=10 maka
          cetak "BETUL"
          cetak "PANDAI"
     tapi jawapan=0
          cetak "APA NI?"
     lain
          cetak "SALAH"
          cetak "CUBA"
          cetak "LAGI"
     dah
lain
     cetak "ANDA TAK BEKERJASAMA"
dah

Lihat juga: pilih , arahan_penentu