Dari/Hingga/Langkah/Lagi

dari <pembolehubah>=<mula> hingga <akhir> [langkah <nilai>]
     <arahan> ] ...
lagi


Penerangan

Arahan ini digunakan untuk mengulang siri arahan berapa kali secara tetap yang dimasukkan didalam satu pembolehubah sebagai kaunter. Jika anda sudah tahu berapa kali anda ingin melakukan ulangan, gunakan arahan ini. Arahan ini sering digunakan apabila nombor berubah dalam corak tertentu semasa melaksanakan sesuatu. Contohnya objek bergerak dari titik A ke titik B, kita dapati nombor kodinet X meningkat. Gunakan arahan ini bagi membuat ulangan tertentu yang berdasarkan satu pembolehubah (kaunter). Lihat contoh

Contoh:
dari k=30 hingga 500
     titik (k,100)
lagi

Anda juga bolah menggunakan 'Langkah' bagi membenarkan anda melangkau jarak tertentu didalam kaunter disetiap gelung. Perhatikan bahawa jumlah langkah adalah pemalar, ianya tidak boleh berubah-ubah.    

Contoh:
dari k=30 hingga 800 langkah 30
     bulat (k,100,10,1)
lagi

Arahan 'Dari/Lagi' ini boleh dibuat gelung bersarang. Bermakna boleh ada arahan 'Dari/Lagi' didalam 'Dari/Lagi' yang lain seberapa dalam yang anda mahu. Lihat contoh

Contoh:
dari k=1 hingga 4
     dari m=1 hingga 7
          cetak k + " x " + m + " = " + k*m
     lagi
lagi

Lihat juga: untuk , setiap , keluar , terus