Awam

Awam nama[<jenisdata>][=<nilai>][, .. ]


Penerangan

Untuk menyediakan pembolehubah yangmana dari segi skopnya bersifat awam atau gelobal. Pembolehubah ini boleh diakses dimana sahaja didalam aturcara termasuk didalam fungsi yang lain. Ianya sama seperti pembolehubah yang dibuat menggunakan 'sedia' diluar fungsi. Penyediaan pemboleh awam perlu dibuat diluar fungsi.

Skop bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan pertindihan nama pembolehubah pada aturcara apabila ianya menjadi komplek.          

awam mata1=10 'menyediakan pembolehubah awam
myFung1()
fungsi myFung2()
     cetak mata1          'pembolehubah akan dapat diakses
tamat

Setiap pembolehubah mempunyai jenis data. Selepas memberi nama pembolehubah, anda perlu menyatakan jenis data dengan menggunakan simbol % # atau $. Ketiga-tiga simbol ini menyatakan samada pembolehubah akan diisi nilai Nombor Bulat, Apung atau Rentetan. Lihat jadual dibawah    

Jenis data

JenisData Simbol Penerangan
Nombor Bulat % atau abaikan Jika anda abaikan simbol maka pembolehubah akan memiliki jenisdata nombor bulat
Nombor Apung #
Rentetan $
kumpulan @<namaKumpulan> Jenis data kumpulan

Contoh:
awam mata1=10 'menyediakan pembolehubah awam
sedia mata2=10 'menyediakan pembolehubah awam
myFung1()          'panggil fungsi myFung1()
myFung2()          'panggil fungsi myFung2()
fungsi myFung1()
     sedia mata3=10
tamat
fungsi myFung2()
     cetak mata1          'pembolehubah mata1 akan dapat diakses
     cetak mata2          'pembolehubah mata2 akan dapat diakses
     cetak mata3          'pembolehubah mata3 tidak dapat diakses
tamat

Lihat juga: pembolehubah , sedia