Alfa

Alfa#(Alfa#=-1)


Parameter

Alfa# - Nilai alfa yang hendak dinyatakan.

Kembali

Arahan ini mengembalikan nilai alfa yang digunakan sekarang

Penerangan

Arahan ini boleh digunakan untuk menyatakan alfa ('transparent') yang bakal digunakan oleh arahan grafik seperti garis , kotak dan sebagainya. Nilainya adalah diantara 0.0 dan 1.0. Nilai 0 bermakna paling lutsinar manakala nilai 1 adalah tidak lutsinar.

Contoh:
Alfa(0.5) 'set alfa separuh
bulat (200,200,100,1)
lutsinar1=Alfa() 'simpan alfa ini dalam lutsinar1

Alfa(0.1) 'set alfa lain
bulat (300,200,100,1)
lutsinar2=Alfa() 'simpan alfa ini dalam lutsinar2

Alfa (lutsinar1)
bulat (400,200,50,1)

Lihat juga: warna